Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

GARLIC PARSLEY POTATOES dan lain-lain~Hidangan sampingan sihat, mudah & menyelerakan!

Hai semua! Sis tercari-cari mane laa gambar hidangan sampingan atau side dishes untuk Roasted Chicken ala-ala Kenny Rogers dalam fon sis ni! (Untuk resepi Roasted Chicken boleh klik di  SINI ) Skrol punye skrol gambar, haaa dah jumpa pun.. So sis mula la menaip entry ni. Hoho. Firstly, nii dia, GARLIC PARSLEY POTATOES! Kentang lembut dan rasa lemak butter yang enak, menjadikan ia hidangan sampingan kegemaran sis! Jom check out resepi. GARLIC PARSLEY POTATOES Bahan-bahan: - 4 biji kentang (saiz besar), potong wedges - Dried parsley/daun parsley segar, kalau guna yang segar, potong halus - 100gm butter - Garlic powder/serbuk bawang putih - Secubit garam Cara-cara: 1) Rebus kentang sehingga masak. Jangan terlalu lama sampai lembik tau. Cara nak tau kentang dah masak, cucuk dengan garfu, kalau senang nak tanggalkan, maknanya di dalam nya dah masak sempurna. Tos & ketepikan. 2) Dalam saucepan, cairkan butter. Bila dah cair, tutup api. Masukkan garlic powder secuku

Resepi Spaghetti Bolognaise Mudah & Simple!

Hujan renyai-renyai malam ni... Sejukkk! Rasa cam nak duk dalam selimut je, tapi sebelum tu sis nak share satu resepi Spaghetti Bolognaise kegemaran sis! Kalau gi restoran sis selaluuu je tak puas hati bila order, sebab sos bolognaise kurenggg. Susah nak jumpa yang betul-betul ikut citarasa sis! So, sis buat sendiri je. Bahan-bahan simple, semudah ABC, dan yang penting rasa marvelous! Jom check out resepi! Bahan-bahan: 1 paket spaghetti 1 biji bawang besar/bombay-potong dadu 3 ulas bawang putih-cincang 1 batang carrot-potong dadu 1 tin sos bolognaise 1 tin chopped tomatoes 2 tin air(sukat guna tin prego je) 1/2 senduk sos cili 1 senduk sos tomato 1 tiub daging cincang(ramly/saudi) Sedikit butter & minyak utk menumis Garam, gula Optional: tomato segar, cendawan butang Cara-cara: 1. Panaskan butter+minyak. Kalau guna butter je cepat hangit, sebab tu sis campur minyak. Tambah butter utk rasa lemak sikit. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis hingga naik

Makan di K'Fry Urban Korean yg Viral, Heaven Gilerrr!~

Hai readers! Berjumpa lagi kita di entry yang latest ini ;) Baru-baru ni tengah syok sis skrol fb,tetiba ternampak satu restoran Korean ni kat newsfeed sis. Tengok gambar makanan cam menarik, especially jus buah yang disertakan dgn Barbican(sparkling soda), served dalam gelas besar. Woww! Satu kelainan ni! Haaa nak tau camne? Gambar kt bawah, so bare with me k! Tengok lokasi, kt IOI City Mall Putrajaya jerr.. Dekat ngan umah. Haish... Macam kena pegi ni! K'Fry Urban Korean Restaurant. Hah nama restoran pun dah ada ayat 'urban', so mestila makanan lain dari yang lain. Diorang modernkan sikit korean food, termasuk deco! Cantik & selesa, ada indoor & outdoor seating. Masa kitorang pegi tu memang full house. Gi da kul 9 mlm kott. Nampak tak betapa viralnye restoren ni?! Hehe. Tp tunggu diorang seating tak lama, dalam 5 minit. So lepas dapat menu kitorang order le yang mana berkenan di hati. Sis & the gang tak familiar sangat ngan makanan Korea ni, tapi senang

King Oyster Mushroom masak Blackpepper~sungguh menyelerakan!

Hi lovelies! Fungus! It sounds hideous, tapi sis suka fungus!!! Dalam ertikata lain, mushroom/cendawan... Hihi. Kali ni sis nak share satu resepi menarik, yang sis olah sendiri menggunakan 'King Oyster Mushroom'. Mushroom ni agak besar drp typical mushroom, lebih tebal, 'meaty' dan kalau anda vegetarian, mushroom ni sangat sesuai sebagai pengganti ayam atau daging! Sis rasa tofu telur sgt sesuai utk incorporate dalam hidangan ni. Ala-ala chinese style gitew! Tadaa... Kuah yg pekat, rasa pedas, manis dan savory, ditambah rasa lembut tofu telur yg mengasyikkan! Chewah! Jom check out resepinya! KING OYSTER MUSHROOM MASAK BLACKPEPPER Bahan-bahan: -King oyster mushroom(1 paket, hiris panjang) -Tofu telur(1 tiub) -3 ulas bawang putih(dimayang) -2 sudu besar(sb) sos tiram -3 sb kicap manis -1 sb sos cili -Serbuk lada hitam(sukatan ikut citarasa) -1 sb tepung jangung, dibancuh sedikit air supaya larut Cara-cara: -Potong tofu telur & goreng seketika. Ket

Roasted Chicken Ala Kenny~Enak, Lazat, Hingga Menjilat Jari

Sape suke Roasted Chicken??? Sis hantu roasted chicken tau! Dulu every weekend mesti ajak hubby gi Kenny Rogers, sebab sis suka sangat ayam dia yang moist & juicy, side dishes plak pelbagai pilihan. Bila dah banyak kali makan kat restoren tu, sis tertarik untuk buat sendiri kat rumah. So sis ngan hubby pon terjah laa supermarket terdekat cari bahan-bahan! Kitorang ni memang satu kepala bab-bab sopim barang dapur, especially kalau menu yang kitorang nak masak tu menarik! Tadaaa! Air tangan mr hubby & sis! Ayam & sos black pepper tu air tangan sis, side dishes mr hubby yang buat. Hidang atas plate camni sebab nak fefeeling makan kat restoren. Kui kui kui! So kat sini sis nak share resepi Roasted Chicken Ala Kenny yang sis olah sendiri. Tapi rasa perghhhh sedap tak terkata uols! Sejujurnya sis lebih suka yang buat sendiri sebab boleh ejas nak kurang masin ke, black pepper lebih ke, memang awesome lah!!! Resepi semudah ABC! Check it out y'alls! ROASTED CHICKEN

KB Burger Bakar Ohsem Ke Tak?

Hiii uols! Bertemu lagi kita di entry seterusnya ini... Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November. Tahun 2017 bakal meninggalkan kita.. So ape agak-agaknya progress kita sepanjang tahun ini? Ada improvement tak? Dari segi amal ibadah, pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Sis harap-harap ada kemajuan okay! Alhamdulillah... Sentiasa bersyukur atas kurniaan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang baik atau buruk buat kita. Okay lah, ni membebel panjang-panjang ni, sebenarnya sis nak bercerita pasal satu cafe yang boleh dikatakan sohor(terkenal) di Kelantan. Oghe-oghe Kelate suko make sini. KB Burger Bakar! Hari tu sis sempat singgah sebab ibu saudara sis ajak. Katanya best. Biasalah, kalau dah mrs foodie memang wajib nak cuba! Menu kat situ bukan Burger Bakar je, tapi ada jugak makanan Thai.. Burger lak boleh pilih nak ala carte atau satu set. Mr Hubby dah pilih burger bakar, so sis pilih Meggi Tomyam Seafood! Tadaa... Ni yang sis order. Pedasss dan kaww. Syok

Baby Comel

Hi uols! Ari ni sis sesajer nak bercerita pasal anak buah sis yang teramat comel. Uwais Mikael. Bulat dan putih gebuuu. Jom kita tengok baby comel ni😜 Geram je tengok. Suka gelak. Sis suka buat ciku-cak. Next pic ni macam Baby Alive! Hehe! Actually masa preggy kat Uwais ni kakak sis sangat aktif jual produk kecantikan! Tetiba kuar baby yang comel, putih dan gebu, macam caption-caption jualan dia pulak. Haha... Last but not least... Wekk.. Hihi. Bila Uwais nak tumbuh rambut ni..? Hehe. Nanti Uwais dah besar blh tengok gambar-gambar Uwais ni ye.