Skip to main content

Costa Coffee~Jom Mengopi!

Hi!

Entry sis kali ni pasal Coffee yang sekarang tengah hot & dah ada penggemar tersendiri! COSTA COFFEE! Origin dr London dan agak famous kat sana, coffee ni beraroma dan berjaya memikat hati coffee lovers. Sekarang dah sampai Malaysia! Menariknya coffee ni dijual melalui vending machine! Layan diri jerr.. Tapi mesin dia hanya available kat Shell yang terpilih.

Meh sis walkthrough cara-cara nak guna mesin ni. Masa sis pegi tu, dah ada pekerja Shell yg ditugaskan utk assist kita.. So uolss jangan risauu.. Ada dua mesin kat situ, satu mesin ais, dan satu lg mesin kopi.

Mula2 pilih nak coffee apa. Cappucino/Latte/Mocha & banyak lg. Pilih nak Hot or Iced. Sis amek Iced Vanilla Latte. Next, pilih saiz Regular/Large. Pastu amik cup untuk coffee sejuk kat mesin ais di sebelah. Taruk ais dulu, then letak cup kat mesin coffee pulak. Pilih nak gula berapa kiub. Done! Nanti akan keluar resit, lepas siap coffee boleh ler buat bayaran kat kaunter. Haa senang kan!



Khusyuk sis tengok! Tengah siapkan order sis.. Kejap jer siap, tak sampai 5 minit pn!


Yeayy my Iced Vanilla Latte! Mr hubby jadi model tangan! Haha! Sis punya ni RM12.00. Saiz Regular.

Dari segi rasa, bagi sis, tak strong sangat. Mungkin sebab flavor yang sis pilih kot. Tapi sis ade jgk baca review kat lain yg cakap rasa coffee ni memang tak strong. Not really recommended to those who takes coffee seriously. But for vending machine, the taste is acceptable...

Okayy setakat ni jer entry sis kali ni. Sooo cecepat start enjin, cari Shell terdekat! Nak senang google je Shell mana yg ada Costa Coffee ni. Daaa...

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Kandar Restoran LC paduuu weyhhh

Assalamualaikum readers. Korang suka tak nasi kandar??? Sis salah seorang peminat nasi kandar, kalau kari dia padu, bertambah-tambah selera makan. Sis nak kongsi satu tempat nasi kandar sedap yang sis selalu pegi. LC Restoran atau nama penuh dia Line Clear Nasi Kandar. Memang ni nasi kandar paling sedap pernah sis rasa. Kari dia pekat, rasa rempah secukupnya. Ayam goreng dia plak rangup di luar, lembut kt dalam. Fuhhh betul-betul menggamit rasa. Ni lauk wajib kalau sis makan sini . Ni hari lain yang sis pegi. Hihi tengok tu kuah dia, perghhh meleleh air liur. Sis selalu pegi kat Cawangan Putrajaya Presint 15 & Cawangan Bangi. Dua2 sama je rasa dia, takde beza, dua2 sedap. Cawangan KL pun ada. Harga plak, kalau korang ambik lauk simple cam dalam gambar tu anggaran RM10. Kalau ambik sotong ke, udang ke, memang restoran ni akan caj kaw-kaw punya, so hati-hati la ye. Bila dapat resit tu cek balik betul ke tak diorang kira. Kalau korang tengah craving nasi kandar sedap,...

CHUN CORNDOG IOI City Mall Crunchy Kruppp krappp Giteww~

Hujung minggu lepas sis yaya ke IOI City Mall Putrajaya dengan Mr Husband, tetiba nampak satu kedai yang baru menapak kat IOI nie. Punyalah ramai orang beratur. Ohhh rupanya kedai CHUN corndog yg famous kat Korea tu, katanyerrr. Masa tu memang queue panjang sangat, so kami pun batalkan niat nak cuba. Minggu ni sis yaya pergi lagi ke IOI City Mall dengan adik. Kami pegi on weekdays, so orang tak ramai. Sempatlah kami ke CHUN. Masa nak beli queue tak panjang macam weekend hari tu, ada empat orang tengah beratur, tapi kat dalam ramai yang tengah tunggu order siap. Sis yaya bagitau awal-awal yea kedai dia kecik je. Senang nak crowded. So korang tunggu jelah kat luar, bagi memudahkan orang lain yang belum order. Nak tunggu dalam pun boleh, pandai-pandai la korang menyelit. Budak eksited nak cuba corndog korea. Kat CHUN ni ada tiga pilihan corndog. 1. THE OG (RM7.80) - Corndog sosej biasa tanpa cheese. 2. CHEDDAR (RM9.50) - Corndog dengan keju cheddar & sosej. 3. MOZZA (...

GARLIC PARSLEY POTATOES dan lain-lain~Hidangan sampingan sihat, mudah & menyelerakan!

Hai semua! Sis tercari-cari mane laa gambar hidangan sampingan atau side dishes untuk Roasted Chicken ala-ala Kenny Rogers dalam fon sis ni! (Untuk resepi Roasted Chicken boleh klik di  SINI ) Skrol punye skrol gambar, haaa dah jumpa pun.. So sis mula la menaip entry ni. Hoho. Firstly, nii dia, GARLIC PARSLEY POTATOES! Kentang lembut dan rasa lemak butter yang enak, menjadikan ia hidangan sampingan kegemaran sis! Jom check out resepi. GARLIC PARSLEY POTATOES Bahan-bahan: - 4 biji kentang (saiz besar), potong wedges - Dried parsley/daun parsley segar, kalau guna yang segar, potong halus - 100gm butter - Garlic powder/serbuk bawang putih - Secubit garam Cara-cara: 1) Rebus kentang sehingga masak. Jangan terlalu lama sampai lembik tau. Cara nak tau kentang dah masak, cucuk dengan garfu, kalau senang nak tanggalkan, maknanya di dalam nya dah masak sempurna. Tos & ketepikan. 2) Dalam saucepan, cairkan butter. Bila dah cair, tutup api. Masukkan garlic powder se...