Skip to main content

KB Burger Bakar Ohsem Ke Tak?

Hiii uols! Bertemu lagi kita di entry seterusnya ini...

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November. Tahun 2017 bakal meninggalkan kita.. So ape agak-agaknya progress kita sepanjang tahun ini? Ada improvement tak? Dari segi amal ibadah, pelajaran, pekerjaan dan sebagainya. Sis harap-harap ada kemajuan okay!

Alhamdulillah...
Sentiasa bersyukur atas kurniaan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang baik atau buruk buat kita.

Okay lah, ni membebel panjang-panjang ni, sebenarnya sis nak bercerita pasal satu cafe yang boleh dikatakan sohor(terkenal) di Kelantan. Oghe-oghe Kelate suko make sini. KB Burger Bakar! Hari tu sis sempat singgah sebab ibu saudara sis ajak. Katanya best. Biasalah, kalau dah mrs foodie memang wajib nak cuba!

Menu kat situ bukan Burger Bakar je, tapi ada jugak makanan Thai.. Burger lak boleh pilih nak ala carte atau satu set. Mr Hubby dah pilih burger bakar, so sis pilih Meggi Tomyam Seafood!


Tadaa... Ni yang sis order. Pedasss dan kaww. Syokk jer hirup kuah tomyam ni. Cukup rasa.. Tapi sotong tu liat sikit. Overall, worth to try!

Mr hubby plak try Burger Bakar Terminator. Adaptasi drp cite Terminator kut. Hahaha... Teringat lak kat Arnold Schwarzernegger. Ehh betol ke eja nama dia camtu?! Haha! Cite favorite sis zaman sekola dulu-dulu.


Alkesahnye burger ni ader Beef Bacon kat tengah-tengah... Rasanya? Ntahler, bagi sis, beef bacon tu kering je. Dah sejuk plak tu. Tak sepanas yang sis sangka. Panas panas panasnya mentari, tak sepanas cintaku ini! Ewah! Haha!

Burger ni kurenggg... Mungkin sebab sis dah cuba burger bakar yang berganda-ganda sedap drp yang ni. Sis rasa deorang tak panaskan betul-betul bacon tu, atau dah masak awal-awal. Sebab adik sis order Chicken Grill, sampai-sampai, ayam sejuk, fries pun sejuk...

So, sis sarankan order je beef burger biasa. Daging yang deorg grill mesti panas-panas kan. Atau tanya dulu burger mana yang ramai org order. Makanan Thai dia sedap, boleh cuba!

Bagi uols yang nak cuba boleh la pi ke cafe ni yg beralamat:
KB Burger Bakar,
Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu,
15000, Kota Bharu, Kelantan.

Signboard dia besar gedabak tau. Memang akan perasan punye lah.
Okayy setakat ni jer entry dr sis kali ni.. Jumpe lagiii!

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Kandar Restoran LC paduuu weyhhh

Assalamualaikum readers. Korang suka tak nasi kandar??? Sis salah seorang peminat nasi kandar, kalau kari dia padu, bertambah-tambah selera makan. Sis nak kongsi satu tempat nasi kandar sedap yang sis selalu pegi. LC Restoran atau nama penuh dia Line Clear Nasi Kandar. Memang ni nasi kandar paling sedap pernah sis rasa. Kari dia pekat, rasa rempah secukupnya. Ayam goreng dia plak rangup di luar, lembut kt dalam. Fuhhh betul-betul menggamit rasa. Ni lauk wajib kalau sis makan sini . Ni hari lain yang sis pegi. Hihi tengok tu kuah dia, perghhh meleleh air liur. Sis selalu pegi kat Cawangan Putrajaya Presint 15 & Cawangan Bangi. Dua2 sama je rasa dia, takde beza, dua2 sedap. Cawangan KL pun ada. Harga plak, kalau korang ambik lauk simple cam dalam gambar tu anggaran RM10. Kalau ambik sotong ke, udang ke, memang restoran ni akan caj kaw-kaw punya, so hati-hati la ye. Bila dapat resit tu cek balik betul ke tak diorang kira. Kalau korang tengah craving nasi kandar sedap,...

CHUN CORNDOG IOI City Mall Crunchy Kruppp krappp Giteww~

Hujung minggu lepas sis yaya ke IOI City Mall Putrajaya dengan Mr Husband, tetiba nampak satu kedai yang baru menapak kat IOI nie. Punyalah ramai orang beratur. Ohhh rupanya kedai CHUN corndog yg famous kat Korea tu, katanyerrr. Masa tu memang queue panjang sangat, so kami pun batalkan niat nak cuba. Minggu ni sis yaya pergi lagi ke IOI City Mall dengan adik. Kami pegi on weekdays, so orang tak ramai. Sempatlah kami ke CHUN. Masa nak beli queue tak panjang macam weekend hari tu, ada empat orang tengah beratur, tapi kat dalam ramai yang tengah tunggu order siap. Sis yaya bagitau awal-awal yea kedai dia kecik je. Senang nak crowded. So korang tunggu jelah kat luar, bagi memudahkan orang lain yang belum order. Nak tunggu dalam pun boleh, pandai-pandai la korang menyelit. Budak eksited nak cuba corndog korea. Kat CHUN ni ada tiga pilihan corndog. 1. THE OG (RM7.80) - Corndog sosej biasa tanpa cheese. 2. CHEDDAR (RM9.50) - Corndog dengan keju cheddar & sosej. 3. MOZZA (...

GARLIC PARSLEY POTATOES dan lain-lain~Hidangan sampingan sihat, mudah & menyelerakan!

Hai semua! Sis tercari-cari mane laa gambar hidangan sampingan atau side dishes untuk Roasted Chicken ala-ala Kenny Rogers dalam fon sis ni! (Untuk resepi Roasted Chicken boleh klik di  SINI ) Skrol punye skrol gambar, haaa dah jumpa pun.. So sis mula la menaip entry ni. Hoho. Firstly, nii dia, GARLIC PARSLEY POTATOES! Kentang lembut dan rasa lemak butter yang enak, menjadikan ia hidangan sampingan kegemaran sis! Jom check out resepi. GARLIC PARSLEY POTATOES Bahan-bahan: - 4 biji kentang (saiz besar), potong wedges - Dried parsley/daun parsley segar, kalau guna yang segar, potong halus - 100gm butter - Garlic powder/serbuk bawang putih - Secubit garam Cara-cara: 1) Rebus kentang sehingga masak. Jangan terlalu lama sampai lembik tau. Cara nak tau kentang dah masak, cucuk dengan garfu, kalau senang nak tanggalkan, maknanya di dalam nya dah masak sempurna. Tos & ketepikan. 2) Dalam saucepan, cairkan butter. Bila dah cair, tutup api. Masukkan garlic powder se...