Skip to main content

Makan di K'Fry Urban Korean yg Viral, Heaven Gilerrr!~

Hai readers! Berjumpa lagi kita di entry yang latest ini ;)

Baru-baru ni tengah syok sis skrol fb,tetiba ternampak satu restoran Korean ni kat newsfeed sis. Tengok gambar makanan cam menarik, especially jus buah yang disertakan dgn Barbican(sparkling soda), served dalam gelas besar. Woww! Satu kelainan ni! Haaa nak tau camne? Gambar kt bawah, so bare with me k! Tengok lokasi, kt IOI City Mall Putrajaya jerr.. Dekat ngan umah. Haish... Macam kena pegi ni!

K'Fry Urban Korean Restaurant. Hah nama restoran pun dah ada ayat 'urban', so mestila makanan lain dari yang lain. Diorang modernkan sikit korean food, termasuk deco! Cantik & selesa, ada indoor & outdoor seating. Masa kitorang pegi tu memang full house. Gi da kul 9 mlm kott. Nampak tak betapa viralnye restoren ni?! Hehe. Tp tunggu diorang seating tak lama, dalam 5 minit.

So lepas dapat menu kitorang order le yang mana berkenan di hati. Sis & the gang tak familiar sangat ngan makanan Korea ni, tapi senang je nak pilih sebab menu dia disertakan gambar satu-satu. This is what I love about this restaurant. So senang la kitorang pilih nak makan ape. Tengok gambar je, order yang mana nampak sedap, & tanya waitress sikit-sikit. Hihihi... Waitress sangat knowledgeble, dia bagitau mana food yang pedas & tak, & describe jenis makanan tu. Kitorang order banyak gak, semua yang waitress recommend. Nak tau ape kitorang order?! Skrol bawah tau. Dalam 15 minit, makanan pun sampai...


Haa yang ni sampai duluu.. K'Fry Yangnyeom Chicken (RM28.90). Sis tak reti nak sebut. Kikiki... All I can say is, SEDAP WEY!!! Seriousss! Pedas & manis, crispy kat luar, juicy kat dalam! Sis bagi thumbs up!!! Bagi sis tak terlalu pedas. Pedas Korean food ni lain ngan pedas masakan melayu kan. Gitew. Tapi sis memang suka ayam ni! Will repeat order next time.

Lagi yang kitorang order...


Anchovies Tuna Rice Ball (RM18.90). Waitress yang comel ni tanya, nak dia gaulkan tak? Kitorang pun angguk jer. So dia pun mix semua yang dalam bowl tu, pastu bentukkan jadi bebola. Semua duk kata rasa cam nasi goreng kampung. Waiter yang lalu kat situ terdengar, pastu dia cakap tu sebenarnye nasi goreng kampung versi Korea. Chewahh. Ade gak eh! Yang ni pun sedap. Berbaloiii nak cuba.


Yumm! Yang ni kawan my aunt order. Seafood Korean K'Spicy Noodle (RM18.90). Diorang guna mee ramen. Seafood pun banyak. Rasa kuah masam-masam, ala-ala tomyam pun ada. Actually takde la pedas sangat. Hehe.. Best je hirup kuah tu. Yang ni pun berbaloi nak cuba, rasa yang tak menghampakan!


Next! K'Fry Yangnyeom Sandwich (RM22.90). Ni sis yang order. Kat dalam ada crispy chicken & kimchi. Pastu sos yang dia guna sis rasa sama ngan Yangnyeom Chicken tu. Fries sedap, tapi bagi sis burger ni terlalu masam ler... Mungkin sebab kimchi tu kott. Salad pun masam. Haishh. Rasa so-so je yang ni... Heee...


Ni my hubby order. Kimgaru Bokkeumbap (RM19.90). This one sis takde pic close-up. Sebab sampai je kat table waiter tu tolong mix kan. So sis tak sempat snap pic. Hihi. Yang kuning kat tepi tu telur+cheese. Tengah-tengah nasi goreng, atas dia crispy chicken. My hubby suka yang ni. Sis cuba gak, bagi sis rasa dia too salty. Maybe sebab cheese tu. Lagipun sis memang tak suka masin. My advice, korang gaul sendiri jela yang ni. Leh sesuaikan rasa.


Hohoho... Segarkan tekak! Melon Bingsoo (RM38.00). Sori la kalau sis buat korang meleleh air liur.. Kikiki... Yang ni boleh makan 4 orang, diorang ada sediakan bowl kecik-kecik. Besar bingsoo ni, dan setau sis buah rockmelon memang mahal kn. Rasa? Opkos la sedappp! Aiskrim tu pun tak manis sangat, just nice.


Nutella Madness Milkshake (RM15.90). One word, delicious! I really like it. Ada cookies kat atas. Mmmm tengok pic craving lak milkshake ni. Haisshhhh :D


So here it is! Ni le yang sis tengok lam fb tuu.. Jus buah+Barbican.. Hamboiii presentation die kemainn! Ada macam-macam pilihan jus buah. Mango, strawberry & etc. Kitorang pilih Lychee Rita (RM19.90). Gelas besar, boleh share 2 orang. Frizzy & tasty! Mesti cuba yang ni k! Marvelousss...


Table separa penuh... He..he... Tengah tunggu makanan lain sampai.


Now lets dig in! Aummm... Diorang sediakan gloves tuk makan ayam! Camni baru la puas hati...


Posing duluu! Tq waiter yang baik hati tolong snap pic ni. Hihi... :D


The bill... Moh le bayor... Haha! Harga kt menu dah termasuk GST, kat sini tambah service charge 10%.

Overall, I really enjoyed coming here. Servis bagus, makanan sedap. No wonder la full house. Bukan kuasa viral semata-mata, tapi ternyata makanan dia memang terbaik. So bagi korang yang belum rasa, cepat-cepat lerr berkunjung ke K'Fry Urban Korean Restaurant ni, kat IOI City Mall Putrajaya. Tak rugi uols!

Okay setakat ni je entry sis kali ni. Dah pegi nanti share le pengalaman korang pulak. Hihikss. Buh-bye gaisss... ;)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nasi Kandar Restoran LC paduuu weyhhh

Assalamualaikum readers. Korang suka tak nasi kandar??? Sis salah seorang peminat nasi kandar, kalau kari dia padu, bertambah-tambah selera makan. Sis nak kongsi satu tempat nasi kandar sedap yang sis selalu pegi. LC Restoran atau nama penuh dia Line Clear Nasi Kandar. Memang ni nasi kandar paling sedap pernah sis rasa. Kari dia pekat, rasa rempah secukupnya. Ayam goreng dia plak rangup di luar, lembut kt dalam. Fuhhh betul-betul menggamit rasa. Ni lauk wajib kalau sis makan sini . Ni hari lain yang sis pegi. Hihi tengok tu kuah dia, perghhh meleleh air liur. Sis selalu pegi kat Cawangan Putrajaya Presint 15 & Cawangan Bangi. Dua2 sama je rasa dia, takde beza, dua2 sedap. Cawangan KL pun ada. Harga plak, kalau korang ambik lauk simple cam dalam gambar tu anggaran RM10. Kalau ambik sotong ke, udang ke, memang restoran ni akan caj kaw-kaw punya, so hati-hati la ye. Bila dapat resit tu cek balik betul ke tak diorang kira. Kalau korang tengah craving nasi kandar sedap,...

CHUN CORNDOG IOI City Mall Crunchy Kruppp krappp Giteww~

Hujung minggu lepas sis yaya ke IOI City Mall Putrajaya dengan Mr Husband, tetiba nampak satu kedai yang baru menapak kat IOI nie. Punyalah ramai orang beratur. Ohhh rupanya kedai CHUN corndog yg famous kat Korea tu, katanyerrr. Masa tu memang queue panjang sangat, so kami pun batalkan niat nak cuba. Minggu ni sis yaya pergi lagi ke IOI City Mall dengan adik. Kami pegi on weekdays, so orang tak ramai. Sempatlah kami ke CHUN. Masa nak beli queue tak panjang macam weekend hari tu, ada empat orang tengah beratur, tapi kat dalam ramai yang tengah tunggu order siap. Sis yaya bagitau awal-awal yea kedai dia kecik je. Senang nak crowded. So korang tunggu jelah kat luar, bagi memudahkan orang lain yang belum order. Nak tunggu dalam pun boleh, pandai-pandai la korang menyelit. Budak eksited nak cuba corndog korea. Kat CHUN ni ada tiga pilihan corndog. 1. THE OG (RM7.80) - Corndog sosej biasa tanpa cheese. 2. CHEDDAR (RM9.50) - Corndog dengan keju cheddar & sosej. 3. MOZZA (...

GARLIC PARSLEY POTATOES dan lain-lain~Hidangan sampingan sihat, mudah & menyelerakan!

Hai semua! Sis tercari-cari mane laa gambar hidangan sampingan atau side dishes untuk Roasted Chicken ala-ala Kenny Rogers dalam fon sis ni! (Untuk resepi Roasted Chicken boleh klik di  SINI ) Skrol punye skrol gambar, haaa dah jumpa pun.. So sis mula la menaip entry ni. Hoho. Firstly, nii dia, GARLIC PARSLEY POTATOES! Kentang lembut dan rasa lemak butter yang enak, menjadikan ia hidangan sampingan kegemaran sis! Jom check out resepi. GARLIC PARSLEY POTATOES Bahan-bahan: - 4 biji kentang (saiz besar), potong wedges - Dried parsley/daun parsley segar, kalau guna yang segar, potong halus - 100gm butter - Garlic powder/serbuk bawang putih - Secubit garam Cara-cara: 1) Rebus kentang sehingga masak. Jangan terlalu lama sampai lembik tau. Cara nak tau kentang dah masak, cucuk dengan garfu, kalau senang nak tanggalkan, maknanya di dalam nya dah masak sempurna. Tos & ketepikan. 2) Dalam saucepan, cairkan butter. Bila dah cair, tutup api. Masukkan garlic powder se...